Di tubuhkan sejak 2018, Angah Doorgift telah menjadi jenama terawal yang fokus di dalam percetakan kulit buku Yasin yang ekslusif serta doorgift yang menambah nilai dan menjadikan produk tersebut premium, menarik serta bermanfaat kepada pelanggan dan penerimanya.
Bermula dari rumah pada sekitar tahun 2014 secara kecil-kecilan dan pemasaran di buat melalui blog serta media sosial, kini Angah Doorgift semakin di kenali oleh masyarakat yang inginkan hadiah bermanfaat untuk majis bacaan yasin/ kesyukuran/ doa selamat/ tahlil/ akikah. Pada masa ini, kami fokus kepada pasaran pelanggan Malaysia, Brunei dan Singapura. Sentiasa bergerak ke hadapan. Kilang kami di lengkapi dengan kelengkapan yang moden dan pasukan yang cekap dalam memenuhi permintaan pelanggan saat akhir.
Di Angah Doorgift & Printing sdn bhd, kami menumpukan pada kualiti serta eksklusif dan menyampaikan produk akhir yang di hargai oleh penerima akhir.
Angah Doorgift and Printing Sdn Bhd ialah sebuah Syarikat Bumiputera yang ditubuhkan oleh dua graduan berjaya dari UPM Serdang dengan ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Pengurusan Perniagaan & pemasaran. Ini yang telah sepadan dengan berkesan dengan bidang perniagaan semasa yang dieksploitasi.
Syarikat ini juga menawarkan pakej eksklusif untuk pelanggan yang ingin membuat sebagai sumbangan, hadiah, majlis, infaq berasaskan buku yasin custom. Ianya selaras dengan tagline syarikat iaitu ‘CUSTOM IS EXCLUSIVE’, kami membuat tempahan mengikut permintaan pelanggan.
Ketika dunia dilanda wabak COVID-19, syarikat kami dapat bertahan dan mengharungi wabak ini dengan baik dan tiada Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan potongan gaji walaupun perniagaan kami terjejas semasa pandemik.
Misi Angah : Menjadi syarikat pertama di Malaysia yang menawarkan buku yasin custom ekslusif untuk pelanggan yang mencari kelainan dan keistimewaan
Visi Angah : Komited dalam menyediakan perkhidmatan percetakan digital terbaik serta berkualiti dan semua tempahan pelanggan dapat disiapkan dalam masa yang dijanjikan
Matlamat : Matlamat syarikat adalah untuk menghasilkan produk yang dapat menambah nilai di dalam kehidupan pelanggan-pelanggan kami. Produk yang kami hasilkan meninggalkan memori yang terindah untuk pelanggan- pelanggan Angah Doorgift.
DASAR KUALITI & ALAM SEKITAR ANGAHDOORGIFT:
- Mematuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan dan keperluan lain yang berkaitan dengan aspek alam sekitar kita.
- Menyediakan perkhidmatan percetakan hijau & penggunaan bahan ECO-FRIENDLY untuk menyelamatkan bumi kita
- Kami melupuskan bahan cetakan buku yasin & al-quran (reject) mengikut garis panduan daripada JAKIM .
- Lebihan daripada pemotongan kertas kami akan Kitar semula supaya dapat memelihara sumber semula jadi
- Sentiasa melakukan R&D bagi menyediakan lebih banyak produk mesra alam supaya menggalakkan persekitaran yang selamat.
OBJEKTIF & SASARAN ALAM SEKITAR:
- Mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 10%
- Pematuhan 100% untuk pelupusan sisa berjadual.
- Mengurangkan penggunaa plastik 60%

