Bermula dari sebuah kedai tempahan yassin stiker dan tag, pada tahun 2014, kini kami melangkah setapak lagi dengan menjadi sebuah syarikat Sdn. Bhd pada Januari 2018. Syarikat Sdn Bhd ini fokus pada percetakan dan pembuatan buku dan cenderamata untuk dijadikan sebagai doorgift. Di dalam skop percetakan kami juga mencetak kotak, buku aktiviti, buku katalog, buku aturcara dan buku yasin secara digital printing. Di dalan skop pembuatan, kami membuat buku hardcover bagi memenuhi permintaan pelanggan kelas atasan.

Kami juga mengimport beberapa produk cenderamata daripada luar negara.

Pemasaran secara terus kepada pelanggan dan juga konsep agen digunakan untuk memastikan target keuntungan bulanan tercapai. Kami mempunyai agen-agen yang aktif di seluruh Malaysia. Kami juga telah mengeskport produk kami di pasaran Singapura dan Brunei melalui agen kami di sana.

Pemasaran kami bergerak secara 24jam sehari melalui Blog, website, facebook pages, instagram, mudah.my, kahwin Mall dan agen-agen negeri dan negara yang terlibat. Sasaran pasaran kami adalah kepada golongan pertengahan dan golongan atasan sahaja. Oleh demikian, kami mempunyai ramai pelanggan-pelanggan VIP dan juga korporat.

Kami sentiasa memastikan produk kami memenuhi KPI terbaik dan kami sentiasa berusaha untuk membesarkan lagi perniagaan ini dengan penuh daya maju.