
Angah Doorgift And Printing Sdn Bhd ditubuhkan pada 9 Januari 2018 dan kilang serta showroom terletak di Lot A2,Kompleks Industri MARA, Jalan Batu Caves, Kuala Lumpur. Sebelum 2018, syarikat beroperasi secara enterprise selama beberapa tahun sebelum menukar syarikat kepada Sdn Bhd pada Januari 2018. Fokus syarikat kepada percetakan secara digital serta fokus kepada custom cover buku yasin buat pelanggan yang inginkan ekslusif di buku tersebut.

Syarikat juga menawarkan pakej-pakej ekslusif untuk pelanggan yang ingin membuat sedekah, hadiah, majlis, infaq berasaskan buku yasin custom. Ia bersesuaian dengan tagline syarikat iaitu ‘CUSTOM IS EXCLUSIVE’, setiap tempahan dibuat mengikut permintaan pelanggan. Disamping itu juga, syarikat juga mempunyai perkhidmatan percetakan buku digital seperti Perfect binding dan Wire-O yang sesuai untuk buku aturcara, buku modul, buku katalog dan lain-lain buku.

Semasa dilanda pendemik COVID-19 syarikat dapat bertahan dan mengharungi pendemik tersebut dengan baik dan tiada sebarang pemberhentian pekerja dan tiada sebarang penolakan gaji walaupun perniagaan terjejas akibat pendemik tersebut.
Kini syarikat sedang dalam proses berkembang dan jualan bulanan meningkat saban tahun. Bermula daripada 2 orang pekerja kini syarikat lebih daripada 10 orang pekerja sepenuh masa dan mempunyai setiap jabatan di dalam syarikat untuk memastikan kelancaran proses syarikat.